Kelahiran dua orang puteri baru-baru ini membuat aku
fikir sejenak. Diberi nama Nur Syuhada Nafisah dan Asma' Nafisah. Aku mula
tertanya-tanya kenapa nama yang sama menjadi pilihan keluarganya. Aku yakin ada
sesuatu di sebalik nama itu.
Ya, aku tidak tahu mengenai sejarah itu.
Aku mula mencari "Nafisah".
mencari.......
Akhirnya persoalan aku terjawab.
Buat perkongsian bersama...
"Sayyidah Nafisah" seorang srikandi Islam
yang sangat kuat beribadah kepada Allah dan sangat zuhud dengan kehidupannya. Siang
hari dia berpuasa sunat dan malam harinya berzikir dan membaca Al-Quran.
Jiwanya rindu dengan syurga Allah.
Beliau merupakan anak kepada Sayyidina Hassan bin Ali
bin Abi Talib dan cicit kepada Rasulullah SAW. Sayyidah Nafisah dinikahkan
dengan Mu'tamin bin As Siddiq yang juga merupakan keturunan RAsulullah. Beliau
sangat taatkan suaminya dengan mematuhi perintah suami dan melayan suami dengan
sebaik-baiknya.
Kisah mengenai kehebatan Sayyidah Nafisah.
Semasa di Mesir, jirannya adalah seorang yahudi yang
mana anak perempuanny lumpuh. Suatu hari si ibu menghantar anaknya untuk
tinggal di rumah Sayyidah Nafisah untuk sementara waktu kerana si ibu mahu
pergi ke satu tempat dan ketika itu juga suaminya tiada di rumah. Sememangnya
beliau merupakan seorang yang menghormati tetamu.
Anak wanita yahudi itu diletakkan di satu sudut di
rumah Sayyidah Nafisah, dan ketika itu azan berkumandang dan beliau yang
menuggu waktu solat meminta kebenaran tetamunya untuk segera bersolat. Beliau
lalu dihadapan anak wanita Yahudi yang lumpuh itu untuk mengambil wudu'.
Setelah selesai, beliau lalu lagi dihadapan anak wanita yahudi tersebut dan
air wudu'nya Sayyidah Nafisah jatuh dihadapannya. Lalu datanglah ilham kepada anak
yahudi yang lumpuh itu untuk menyapu air wudu' Sayyidah Nafisah yang jatuh ke
kakinya. Dengan izin Allah, kakinya yang lumpuh itu bergerak-gerak dan terasa
boleh berjalan, sedangkan Sayyidah Nafisah tetap khusyuk mengerjakan solat.
Kemudian, terdengar si ibu telah balik dan mengetuk
pintu dan Sayyidah Nafisah masih lagi mengerjakan solat. Anak perempuan itu
memberanikan diri dengan berdiri dan ternyata dia mampu berdiri setelah
menyapukan air wudu' Sayyidah Nafisah yanh jatuh dihadapannya.
Dia membuka pintu dan memluk ibunya. Ibunya sangat
terkejut dan bertanya apa yang terjadi, anak itu telah menceritakan
segala-galanya. Air wudu' Sayyidah Nafisah yang jatuh dihadapannya telah
menjadi penawar untuk menyembuhkan sakit lumpuh yang telah dialaminya sekian
lama. Menagislah si ibu mendengarkan hal yang sangat ajaib itu. Lalu dia
mendapatkan Sayyidah Nafisah dan memeluknya seraya berkata: "Aku mengaku
bahawa engkau adalah cucu Rasulullah dan datukmu itu adalah Rasul Allah dan
Allah adalah Tuhan sekalian alam". Islamlah wanita yahudi itu. Melihatkan
hal tersebut Sayyidah Nafisah memberitahu itu semua adalah kehendak dan izin
Allah semata-mata.
Wanita yahudi dan anaknya yang telah Islam itu kembali
ke rumahnya dan bertemu dengan suaminya yang bernam Ayub. Dia sangat terkejut
melihat anaknya telah boleh berjalan. Mendengarkan penjelasan dari isteri dan
anaknya, Ayub menadah tangan lalu berkata: "Maha suci engkau ya Allah!
Engkau sesatkan orang yang engkau kehendaki dan engkau beri petunjuk kepada
sesiap yang engkau kehendaki. Demi Allah, benarlah agama mu ini". Sejak
itu Ayub dan keluarganya Islam, kemudian ramailah orang-orang yahudi yang
menjadi kenalan Ayub pula Islam, setelah mendengar kisah Ayub dan keluarganya.
Sayyidah Nafisah adalah seorang yang zuhud dan sangat
mengasihi manusia lain. Pernah suatu ketika beliau menerima wang sebanyak 1000
dirham dari raja untuk keperluan dirinya. Beliau telah membahagikan wang
tersebut kepada fakir miskin sebelum sempat memasuki rumahnya. Wang hadiah dari
raja itu sedikit pun tidak diambilnya untuk kepentingan dirinya. Semuanya
disedekahkan kepada fakir dan miskin. Demikianlah dermawannya beliau terhadap
fakir miskin.
Sayyidah Nafisah menghembuskan nafasnya sewaktu sedang
membaca Al-Quran dan sedang berpuasa. Beliau telah dikuburkan di dalam kubur
yang telah dibinanya sendiri di dalam rumahnya. Kubur yang dibinanya itu adalah
untuk beliau sentiasa mengingatkan kematian. Sewaktu disembahyangkan sangat
ramai orang yang menghadirinya.
Demikian kehebatan yang Allah anugerahkan kepada
Sayyidah Nafisah Al Hassan yang terkenal dengan kewarakan kepada Allah dan
ketaatan kepada suaminya. Semoga ianya menjadi contoh buat generasi wanita
akhir zaman ini.
Source: komuniti.Iluvislam.com
Sayyidah - pemimpin
Nafisah - yang amat berharga; berkedudukan tinggi
Demikianlah sejarah disebalik nama "Nafisah"
Nur Syuhada Nafisah - (anak buahku)
Asma' Nafisah - (anak sahabatku)
semoga kalian menjadi anak yang solehah permata
keluarga dan muslimah yang berkeperibadian tinggi seindah namamu...persis
Sayyidah Nafisah...