Friday, 21 December 2012

Hebatnya Srikandi Sayyidah Nafisah

Kelahiran dua orang puteri baru-baru ini membuat aku fikir sejenak. Diberi nama Nur Syuhada Nafisah dan Asma' Nafisah. Aku mula tertanya-tanya kenapa nama yang sama menjadi pilihan keluarganya. Aku yakin ada sesuatu di sebalik nama itu.

Ya, aku tidak tahu mengenai sejarah itu.
 Aku mula mencari "Nafisah".
mencari.......
Akhirnya persoalan aku terjawab.
Buat perkongsian bersama...

 "Sayyidah Nafisah" seorang srikandi Islam yang sangat kuat beribadah kepada Allah dan sangat zuhud dengan kehidupannya. Siang hari dia berpuasa sunat dan malam harinya berzikir dan membaca Al-Quran. Jiwanya rindu dengan syurga Allah. 

Beliau merupakan anak kepada Sayyidina Hassan bin Ali bin Abi Talib dan cicit kepada Rasulullah SAW. Sayyidah Nafisah dinikahkan dengan Mu'tamin bin As Siddiq yang juga merupakan keturunan RAsulullah. Beliau sangat taatkan suaminya dengan mematuhi perintah suami dan melayan suami dengan sebaik-baiknya.




Kisah mengenai kehebatan Sayyidah Nafisah. 

Semasa di Mesir, jirannya adalah seorang yahudi yang mana anak perempuanny lumpuh. Suatu hari si ibu menghantar anaknya untuk tinggal di rumah Sayyidah Nafisah untuk sementara waktu kerana si ibu mahu pergi ke satu tempat dan ketika itu juga suaminya tiada di rumah. Sememangnya beliau merupakan seorang yang menghormati tetamu. 

Anak wanita yahudi itu diletakkan di satu sudut di rumah Sayyidah Nafisah, dan ketika itu azan berkumandang dan beliau yang menuggu waktu solat meminta kebenaran tetamunya untuk segera bersolat. Beliau lalu dihadapan anak wanita Yahudi yang lumpuh itu untuk mengambil wudu'. 



Setelah selesai, beliau lalu lagi dihadapan anak wanita yahudi tersebut dan air wudu'nya Sayyidah Nafisah jatuh dihadapannya. Lalu datanglah ilham kepada anak yahudi yang lumpuh itu untuk menyapu air wudu' Sayyidah Nafisah yang jatuh ke kakinya. Dengan izin Allah, kakinya yang lumpuh itu bergerak-gerak dan terasa boleh berjalan, sedangkan Sayyidah Nafisah tetap khusyuk mengerjakan solat.

Kemudian, terdengar si ibu telah balik dan mengetuk pintu dan Sayyidah Nafisah masih lagi mengerjakan solat. Anak perempuan itu memberanikan diri dengan berdiri dan ternyata dia mampu berdiri setelah menyapukan air wudu' Sayyidah Nafisah yanh jatuh dihadapannya.

Dia membuka pintu dan memluk ibunya. Ibunya sangat terkejut dan bertanya apa yang terjadi, anak itu telah menceritakan segala-galanya. Air wudu' Sayyidah Nafisah yang jatuh dihadapannya telah menjadi penawar untuk menyembuhkan sakit lumpuh yang telah dialaminya sekian lama. Menagislah si ibu mendengarkan hal yang sangat ajaib itu. Lalu dia mendapatkan Sayyidah Nafisah dan memeluknya seraya berkata: "Aku mengaku bahawa engkau adalah cucu Rasulullah dan datukmu itu adalah Rasul Allah dan Allah adalah Tuhan sekalian alam". Islamlah wanita yahudi itu. Melihatkan hal tersebut Sayyidah Nafisah memberitahu itu semua adalah kehendak dan izin Allah semata-mata.

Wanita yahudi dan anaknya yang telah Islam itu kembali ke rumahnya dan bertemu dengan suaminya yang bernam Ayub. Dia sangat terkejut melihat anaknya telah boleh berjalan. Mendengarkan penjelasan dari isteri dan anaknya, Ayub menadah tangan lalu berkata: "Maha suci engkau ya Allah! Engkau sesatkan orang yang engkau kehendaki dan engkau beri petunjuk kepada sesiap yang engkau kehendaki. Demi Allah, benarlah agama mu ini". Sejak itu Ayub dan keluarganya Islam, kemudian ramailah orang-orang yahudi yang menjadi kenalan Ayub pula Islam, setelah mendengar kisah Ayub dan keluarganya.




  
Sayyidah Nafisah adalah seorang yang zuhud dan sangat mengasihi manusia lain. Pernah suatu ketika beliau menerima wang sebanyak 1000 dirham dari raja untuk keperluan dirinya. Beliau telah membahagikan wang tersebut kepada fakir miskin sebelum sempat memasuki rumahnya. Wang hadiah dari raja itu sedikit pun tidak diambilnya untuk kepentingan dirinya. Semuanya disedekahkan kepada fakir dan miskin. Demikianlah dermawannya beliau terhadap fakir miskin.

Sayyidah Nafisah menghembuskan nafasnya sewaktu sedang membaca Al-Quran dan sedang berpuasa. Beliau telah dikuburkan di dalam kubur yang telah dibinanya sendiri di dalam rumahnya. Kubur yang dibinanya itu adalah untuk beliau sentiasa mengingatkan kematian. Sewaktu disembahyangkan sangat ramai orang yang menghadirinya. 


Demikian kehebatan yang Allah anugerahkan kepada Sayyidah Nafisah Al Hassan yang terkenal dengan kewarakan kepada Allah dan ketaatan kepada suaminya. Semoga ianya menjadi contoh buat generasi wanita akhir zaman ini.

Source: komuniti.Iluvislam.com


Sayyidah - pemimpin
Nafisah - yang amat berharga; berkedudukan tinggi

Demikianlah sejarah disebalik nama "Nafisah"

Nur Syuhada Nafisah - (anak buahku)
Asma' Nafisah - (anak sahabatku)

semoga kalian menjadi anak yang solehah permata keluarga dan muslimah yang berkeperibadian tinggi seindah namamu...persis Sayyidah Nafisah...